Monday, May 11, 2015

Breastfeed yang betul itu penting!

Hi!

oh, sejak dua menjak ni, sistem pertahanan badan mcm x brape nak kuat. Adekah sebab arwah mama x fully breastfeed ak mase kecik dulu? hahahaha.. persetankan itu semua.

Ramai yang memandang serong kalo seseorang ibu tu x menyusukan baby dia. Ade yang akan kate x kesian ke kat baby, nanti anak senang sakit la, nanti anak kurang kasih sayang la ape la.

Tetapi hanya si ibu je yang memahami keadaan itu apabila setelah pelbagai usaha dilakukan, atas sebab2 tertentu mungkin, menyebabkan susu berhenti supply.

Sedih o0o0..

Xandra sampai umur 2 bulan je susu badan. Lepas tu, xtau la knape susu da mcm x kuar then kalo pam pun, susu ade dalam 1ml camtu je. siap bli coklat ape bende ntah namanya, pon xde hasil jgk. Lepas tu, ak kene denggi pulak. Haihhhh.. duk kat spital dalam 5 hari kot. lagi la penyebabnya xde susu.

Sian Xandra.

Tapi.. Alhamdullillah.. Xandra x penah sakit teruk lagi. Dia happy giler. Aktif sgt2. hahahaha.. sampai ak n suami xde mase ngan diri sendiri. semua untuk dia je..

Now.. X ramai yang tau cara2 nak breastfeed yang betul since kita mcm bajet yang baby akan tau sendiri cara nak minum susu direct dari si ibu. Padehal, ibu sendiri perlu tahu cara nak BF yang betul sebab kalo salah, akan menyebabkan luka dan melecet yang teruk. (ni mmg pengalaman aku la mase 1st day beranak aritu)

nah. tgk gambo ni.





Sampai 3 ha gambo aku letak. sume sumber ehsan cik Google. hohoho

Now, apa yang kite perlu tau semasa nak BF ialah:

1. Bila si anak tu, kalo kite cuit2 kat kiri kanan mulut dia, dia mcm ternganga dan ikut sentuhan kita (means kalo kita cuit kiri mulut dia, dia akan gerakkan mulut dia ke kiri, dan begitula sebaliknya), itu tandanya dia nak susu.

2.  Perut dia mesti rapat dengan perut kita, baru la postur yang betul untuk bF.

3. Mulut dia mesti masukkan/penuhkan semua warna hitam kat puting kita tu, atau dikenali sebagai Areola. If bagi puting saja, memang komfem akan melecet dan berdarah.

4. make sure hidung dia x ditutup dengan 'kulit' kita. itu akan buatkan dia lemas. Jadinya, kalo hidung dia bercantum dengan 'kulit' kita, kita kene selalu tgk dia dan tekan 'kulit' kita tu sikit untuk wujud jarak antara hidung dan kulit kita.

5. Untuk bF, kita kene faham yang, there is supply if there has demand. kita ibarat supply, dan baby ibarat demand. kalo demand xde, kita pon xkan ade supply. jadinya, klo baby da knyg, sila pam susu untuk buat stok. kerapkan pam ye. sronok o0o  bile pam tgk ade banyak susu dalam peti ais. hehehe

6. jangan stress dan jangan kurang makan. Kalo stress dan kurang makan, susu jugak akan berkurang. Tapi percaya atau tidak, cara untuk kurus lepas bersalin hanya dengan cara Breastfeed selama 2 tahun. KOMPOM kurus. xyah makan produk la ape la. tahyul sume tu.

7. Bersyukur la setiap kali anda menyusukan anak, anak anda masih mampu minum susu dari anda. T.T

8. Semoga hati anda kental untuk menyusukan baby anda. InsyaAllah.

Sekian.~~


Cermin Diri, Hiasi Peribadi.. Chaaooow~

Friday, May 8, 2015

Bersalin di Hospital Serdang

Hi.

Kejapnya masa berlalu... oh Doniaaaa~~

Xandra da nak masuk 8 bulan da. Allaaaaaaaaa... Janganlah cepat sgt besar Xandra ku.. hukhuk.

Arini nak sambung entry yang lepas.. Terasa macam ade janji nak ckp psl keadaan wad kat Hospital Serdang je aritu.. Jadinya, moh la sambung ye dok.

Mengikut pengalaman aku, yang pregnant untuk 1st baby, memang tipula kalo tak meng'google' psl hospital2 yg maybe kita plan nak bersalin kat situ. Since, aku dok kat Bangi, aku mmg riki-riki hospital yang dekat area2 sini aa.. Antaranya Hospital Azzahra la, Annur la, dan hospital serdang. Since ak ni seorang yg sedar diri, aku lebih kepada hospital serdang la. Eh, jangan x tau ye yang hospital serdang ni ade quality. ade ISO. means, kalo jadi pape kat kite as patient ni, kite leh komplen kat company ISO dia tu. Tapi Alhamdullillah aa.. xde pon yang x puas hati sepanjang 5 hari kat sana.

Jom start story nya.....

Mase aku dok survey2 hospital tu, terjumpa gambo ni:



Mase nampak gambar ni kat Google, serius x faham. hahahahah.. tapi da standby lebih RM2K untuk delivery proses ni. Even kat hospital kerajaan, still lagi bajet lebih in case sesuatu yang tidak diingini berlaku kan.. Alhamdullillah xde pape yg membimbangkan berlaku. hehehehe..

Jadinya, bile da kene bersalin ceaser, secara otometik akan masuk wad ke3. Org hospital tu tak akan tanya awak nak kelas berapa ye? pffttt... dia x kan promot wad wad ni. Jadinya, Wad kelas 3 ni, wad yg ramai2 tu la.. yg kiri kanan ade orang tu. bezanya untuk wad bersalin ni, semua ade baby la kt kiri kanan kita.. Kiranya, kalo baby kat katil sbelah nangis, baby kita pun akan join nangis skali. heheheh..

Al-kisah..........

Mase czer tu, nak bangun x bole. nak kencing guna tube je.. xde rase nak berak langsung. cumenya xde orang dibenarkan teman sepanjang malam kalo kat klas 3 tu. Stended la tu kan. Kita da la 1st time bersalin, nak handle baby sorang2 memang challenging jgk la.. Walopun da biasa jage ank kakak dan abang, tapi bila ade anak sendiri, berbeza sangat la perasaan tu.

Then, mase da selamat bersalin tu, awal-awal da tanya suami, leh x nak duduk wad pertama. Wad Kelas pertama ni kita sorang2 dalam bilik tu dan dibenarkan untuk 1 orang teman. Then, terus suami gi kaunter mane ntah untuk book dan bayar deposit.

OK.

Refer balik kat table atas. Lets say saya bersalin ceaser aritu dan stay kat wad kelas 3. amount yang saya kene bayar untuk ceaser saja RM100. tu belom include caj untuk semalam dan ubat2an. Dan disebabkan saya pilih wad kelas 1, secara automatik, saya akan dicaj RM800 untuk ceaser sahaja. Dan harga bilik wad tu untuk semalam ialah RM90. Belom masuk ubat-ubatan dan caj untuk ujian makmal sebab baby kene demam kuning masa hari ketiga. Untuk pengetahuan semua, Kalau kene ceaser, KOMPOM kene duduk hospital selama 3 hari sebab doktor nak tgk luka ceaser, si ibu ade perubahan suhu atau demam ke, dan last skali, lancar tak 'uuk' kite. If anak pun ok, hari ke3 da bole balik..

Macam saya aritu, semua ok. tiba2 hari ke3 tu saya demam sikit. Terus kena tahan. Pastu, Hari ke3 tu jugak, anak demam kuning pulak. Darah kene cek banyaaak kali. Kesian baby. Then, Hari ke5 baru kuar. So, total aritu ade dalam RM1500++ kot.

Rase cam ok je stay dalam tu. Luaaaasss giler bilik dia. Toilet pun dalam bilik. Selesa. Cumanya xde tv. ahahhahahaah.. motip sangat tgh nak jaga baby nak tgk tv kan? hukhukhuk. Pastu, nurse selalu datang cek suhu, cek tekanan darah, cek baby. Memang best la.

Nurse pon ok. Adatlah 1st baby mmg xtau nak jage sangat sbb baby lembik and lembut kan. Then, ade nurse yang datang tolong bile baby asyik nangis. Serius best gile.

Haihhhhh.. teringat pulak ni Xandra mase 1st day tu.

Tu je nak share. hikhikhik.

Mase ni da bole merangkak dan duduk. 7 bulan umurnya. hikkhikhik.


P/s: Nanti nak share pasal Breastfeeding. Betapa pentingnya ilmu untuk susukan baby. Wait for me plissssss~~~~


Cermin Diri, Hiasi Peribadi.. Chaaooow~

Friday, March 13, 2015

Saya berubah 360 degree_ Part 3 (Final)

181 Days.


Oh maaannn.... da genap 6 bulan umur Xandra.. tolong la stop kan masa.. xmo Xandra cepat sangat besar.. please dont grow up..

Hi all.

Ini adalah untuk part 3.. kisah yang bajet2 orang nak baca ni stiap part.. puiii.. Then, here you go. if you are interested to read the previous parts, kindly proceed with this Part1 and this Part2. pfffttttt~

Kat mane ea stop part 2 aritu? Part 2 nye kisah tu kan.. Da laaaaamee giler dalam draft.. baru prasan lupa nak publish.. akibat terlampau sibuk dgn duniawi.. ewaahh.. 

eh eh.. da la makcik.. jom la sambung part 3 ni.. (Baeeekkkkk)

Gambar ni mcm menakutkan sikit.. sbb Xandra mcm.. ntah,. hahahah..
Mami letak gambo ape ni?? haihhhh~ (Day 2)

Lepas da baby berak dalam perut, nurse dan doktor pun macam da kelam kabut nak tolak gi labour room, where yg proses pecahkan ketuban semua tu kat wad saringan bersalin, dan bila da kompom nak bersalin, baru Hospital serdang akan tolak ke bilik bersalin.

Dalam bilik bersalin tu, HANYA suami dibenarkan masuk.. jadinya, si suami ni tadi tak dibenarkan masuk kat wad saringan.. bile kat bilik bersalin, baru nurse tu jerit nama suami yg tunggu kat luar.. So, mase on d way ke labour room, terdengar la nurse tu jerit.. " Suami Puan Fadhilah" (maybe suami aku tertido waktu tu.. jadi dgr dia jerit 2 kali) hahahah.. haihhhh... encik suami.. encik suami..

Dalam labour room.

Ramai gile nurse yg tolong untuk proses delivery ni. Ade yg bawak kertas yg perlukan tandatangan si ibu.. ade yg bawak alat CTG.. Then, datang aa 2 orang doktor perempuan untuk cek semua bukaan.. dan aku? REDHA jela.. nak seluk.. seluk.. x seluk, sudah.. da x reti nak pikir ape mase tu.. hanya bacaan doa nabi yunus je la yg x lekang dari bibir nih..

Suami da ade kat sebelah mase ni.. Doktor cek bukaan.. dan berkata 'da 6cm ni.. tapi CTG baby x cantek dan kemungkinan baby akan lemas.. sebab air ketuban da x ada dan makan masa jugak untuk bukaan jadi 10cm'.. untuk yang belum tau, CTG tu untuk cek degupan jantung yang lebih tepat.

aku? diam jela.. dalam hati (next doktor? ape ayat seterusnya.. apsal senyap? so, ape nak buat skrg ni?) mase ni aku mcm x pikir diri sendiri da.. ak juz pikir.. camne nak slamat kan baby? ape yg perlu dilakukan?

doktor pon kate... 'Kite perlu CZER.. (bedah la maksudnya tu)'

sekali lagi.. aku....... terdiam.. tengok suami.. 

doktor cakap.. 'Kalo lambat, baby akan lemas.. we need the answer now'

.................. (konon2 tengah berpikir).. tengok suami lagi..

sebab beberapa hari sbelum kejadian ni, aku da citer kat opismate yg aku memang xnak czer.. wat ever happen, please dont  let me be czered. kesakitan bersalin normal akan selesai dalam tempoh yg sekejap berbanding kene czer yang sampai 20 - 30 tahun lagi pun akan terasa ngilunya.. (tu yg aku baca dan dgr cite aa)

Tapi Allah maha berkuasa kan.. Dia maha mengetahui..  Kun Fa Ya Kun..

aku cakap setuju.

POMMMMM! terus datang lebih ramai nurse.. dan kejadian berlaku bapak sekejap.. cepat dan cekap betul semuanya.. HOSPITAL SERDANG memang best! huhuhu...

ade yg datang bawak baju untuk masuk bilik operation, ade yg dtg bawak alat untuk dimasukkan ke dalam Miss V untuk proses kencing (2 hari gak aa tiub ni dalam tu).. ade yang dtg bawak dokumen untuk di sign (dia datang lg skali!), masukkan jarum kat tangan, dan akhirnya ditolak ke TR..

Genggaman tangan suami dilepaskan.. isk.isk.isk... Maafkan adinda, wahai kekanda.. adinda mahu pergi berjuang.. pfttttt~

banyak gile proses sepanjang ke TR tu.. tukar stretcher pun byk kali.. haiyaaa.. da la kejang perut, badan berat, kene transfer2 pulak.. sign lagi paper2 yg ade.. x hengat da paper ape.. mampu sign je mase tu.. sampai je kat dalam TR tu, kene bius 2 kali ke sekali ntah.. x ingat gak.. yang ni utk half paralyzed.. dari pinggang ke bawah aa x rasa pape.. 

setelah hampir 20 minit berjuang, dengar la bunyi baby nangis..

huk huk huk huk.. sebak sat.. (ekceli dengar macam sayup2 je bunyi nangis tu sbb mamai sbb ngantuk)

Nurse datang tunjuk baby..

Dedi dia yang tangkap gambo ni lepas da siap
azan la.. iqamat la.. belai2 la..
Rambut memang kuar2 da pacak.. haiyaaa..
Nurse: 'Puan.. ni baby laki ke perempuan ye?'
aku: err... 
Nurse: ni baby perempuan ye.. nah kiss sikit..

nurse bagi baby kat mulut aku.. bau dia.. sangat wangi.. sangaaaaatttt wangi.. (aku tertelan One Drop ke mase pregnant hari tu?) pftttt~

Alhamdullillah.. Alhamdullillah.. Alhamdullillah.. Alhamdullillah..

Nak nangis jap la.. bye.



p/s: Next entry nak citer pasal ape ya?? citer pasal ward kat Hospital serdang kot.. Daaaaa~~

Cermin Diri, Hiasi Peribadi.. Chaaooow~

Friday, November 28, 2014

Saya berubah 360 degree _ Part 2

Day 78.

Hoihhhhhh...cepatnye masa berlalu.. rase cam baru bulan lepas branak.. tapi hakikatnya ni da stat keje.. haiyoohhhh!

20 minit lepas operation.. oh bau anda memang sgt wangi..
Jap... apsal sepet?? anak sape nih? eheeheh

Pengalaman melahirkan seorang bayi perempuan yg beratnye 3.58kg dgn panjangnye 50cm memang meninggalkan berjuta juta juta kali lemon kenangan manis yg tak boleh nak cakap camne perasaan gembira tu dan sangat sangat bersyukur kepada Allah swt untuk anugerah ni..

Nak sambung la part beranak yg da lame tertinggal tu.. entry pertama kat link ni.. klik klik

cerita sambungannye begini:

Doktor: maaf ye puan.. saya nak cek bukaan puan..

Aku dengan redha je nak jd ape, ikutkan jela mcm di suruh. lagipon nasib baik ade 2 nurse kat situ. so boleh la nak kuatkan diri untuk jadi pesakit dktor laki tu kan.

Then, doktor tu seluk bawah ni dgn tgn dia.. ke kiri.. ke kanan.. (Hooiihhhhhhhh)

Nurse: da bukak berapa cm?

Dktor: rase mcm da sentuh kepala.. tapi ntah la.. 6cm kot..

Nurse 1: jap la. I panggil dktor sorang lagi.

NTAH doktor tu kate?? hoiihhh.. nape was2 ni dktor.. saya sakit perut nak beranak ni.. ade nyawa sorang lg dlm ni.. xmo.xmo.

Then datang la sorang lagi doktor pompuan.. dia pun cakap benda yg sama.. 'maap ye puan. saya nak seluk ni'.. aku pon angguk je la. takkan nak cakap 'xbleh!' plak kan? hahahahah.. dia seluk dan cakap eh da 5cm da..

pastu.. nurse tu kate.. 

'Puan, x sakit ke? da 5 cm tau ni. muka rilek je. Biasenya org lain, 2cm da jerit2 da' 

aku: errmm.. sakit.. tapi sakit nak berak.. bole x saya nak gi berak jap?

Nurse: eh eh.. xbole puan. tu bukan nak berak. tu nak kuar baby tu. puan tahan jap ea. doktor nak pecahkan ketuban jap lg.

THEN.. doktor dtg dgn bawak 1 alat yg panjang gile, kaler putih.. bende ni nak dimasukkan kat bawah tu untuk pecahkan air ketuban.Dalam proses ni, perut sentiasa SAKIT mcm kejap kembang kejang, kejap ok plak. dan serius SAKIT.

bila doktor da masukkan alat tu, masa perut tengah kejang, sakit nya lebih terasa. Dan aku mcm ' adeh adeh. sakit'... pastu baru doktor tu cakap.. 'Ok. Sori2. kalau baby da rileks, bagitau ye. Then, saya akan masukkan alat ni skali lagi'.. Halaaaaaaa doktor... Apsal x cakap awal2 td..


Duck face pulak beliau.. x ingat aa mase ni umo brape hari.. hehehehe..

Bile dia masukkan skali lg, dia tekan sikit, rase sakit sikit je, pastu ade macam bunyi POP. keluar baaaaaaaanyaaaaaaaaaaakkkk giler air kaler HIJAU keHITAMAN.. eh.. dalam tV tgk air ketuban kaler putih. apsal hijau lak ni? itu tandanya.. baby da uuK dalam perut.. aiseyhmeeennnnn..

Terus semua nurse and doktor macam.. 'eh.. baby da berak.. tgk jantung dia.. bla bla bla bla.. ok ok.. jom tolak gi labour room..'

yang aku? serius ak x mampu nak cakap ape selain dari 'Sori.. saya da buat sepah.. da kotor da lantai..' sebab air ketuban yg berserta kehijau hitaman tu melimpah2.. macam 1 baldi pon sampai kot air tu.. x putus2 lak tumpahnya.. haihhhh..

eh.. macam panjang sgt je.. bersambung la jom! lalalalalala..

Saturday, November 1, 2014

Saya berubah 360 degree

Sangat berubah..

12 September 2014.. bermulanye detik-detik yg merubah.. errr.. mengubah duniawi ku.. ewaaahh.. poyo nye mukadimah dia ni.. poyooo poyyooooo... hheeheh..

Ekceli.. Alhamdullillah.. masih lagi diberi peluang untuk bernafas setelah selamat melahirkan Baby girl @ baby XA pada 12 September 2014 aritu pada pukul 7.48 pagi.. suppose due 16sept tapi sbb baby rase rumah dia ni mcm sempit.. penuh lemak, jadi dia nak kuar awal sikit la kot..hehehe..

Mase 12.09.14 tu.. dalam kul 4 pagi camtu, tibe2 terjaga sebab rase x sedap badan.. bukan sbb badan ni bole dimakan oleh penduduk kat bangi ni, tapi rase x bole nak tidur pulak.. then.. rase macam nak terberak.. mase tu mmg x pikir pape lagi.. pegi toilet mcm biase tp dok teringat la pesan MIL yg kalo nak poo poo (sopan x?hikhik) jangan teran kuat sgt.. takot nak kuar baby.. jadi, aku pon teran light2 je la..heheeh.. xde pon kuar tahik.. 

masuk bilik mcm biase.. 

tapi rase perut kejang.. mcm senggugut.. eh, ak ni nak period ke ape? al-maklum la 1st time nk jadi mami kan.. mmg ala2 bingung gituu.. heheeh.. aku pon takot mcm nk terPooPoo lagi, ak suruh Zharif tidur side dinding.. bukan ape, snang nak aku terus bangun kalo tidur kt tempat dia.. kebetulan malam tu ak da download siap2 apps contraction timer.. apps konon2 untuk kira gap brape kali sakit dalam sminit dan brapa lama sakit tu..

Mula-mula tu srius x rase itu ialah contraction yg perlu di'timer' kan.. sbb beberapa minggu sebelom tu mmg da rase sakit2 camtu.. tapi pagi tu, mase rase sakit perot tu, sakit tu lama.. dan dia kerap.. ak pon terasa mcm lain mcm je.. then guna la timer tu.. mula2 sakit tu selama 20saat.. dan jarak nye 4 minit.. ak x kejut pon zharif mase tu.. takot false alarm.. rilek rilek.. breath in.. breath out.. keep tracking.. ewaaahh.. pastu.. makin lama makin lama sakit tu dan makin cepat.. 30saat dalam 3 minit.. eh.. betul ke ni.. ak da nak branak ke ni? ni contraction nak branak ke atau sbb ak tahan berak? ala ala ala... camne ni.. aku rilek lg.. try baca doa yg nabi yunus dalam perut ikan tu byk2 lagi..

pukul 5.. timer tunjuk sakit 40 saat dalam mase 2 minit!! ahhhhhhhh... da x leh tahan da.. aku kejut Zharif.. 

aku: cer.. bangun jap.. jom gi klinik aa.. rase nak beranak kot ni
zharif: ....................................... (sebab mamai dan x dpt tangkap ape aku cakap)
aku: hey! nak beranak aa.. sakit perut ni.. cer tgk timer ni..
zharif: haa? yeke? jom jom gi klinik!
aku: nak mandi jap la.. kang doktor bau kang, nak muntah plak.. eheheh

aku sempat mandi ye.. cuma x sempat minum.. dahaga giler waktu tu.. sbb dok pikir sakit nak branak kan.. then, da siap sume, trus gi hospital serdang.. kenapa aku pilih hospital serdang? sbb hospital ni ade ISO.. means ade quality. walopun ade gak terbaca review yg buruk2 pasal hospital ni, ak juz percaya hosp ni ok (sedapkan ati) sbb lom kene kat aku lg.. lalalala

PUKUL 6.. bayangkan dari kul 4 sampai kul 6 ak dok tahan sakit.. camne rase sakit tu? meh nak citer.. sakit tu macam korang nak terberak.. memulas x ingat.. rase yg korang mmg nak berak sangat2 tapi kene tahan jugak no matter what..ibarat korang minum teh orang kampung mlm tu (mcm aku penah minum je kan?hahaha), then nak berak, tapi toilet penuh or takde air.. (lebih kurang la) pastu tambah rase senggugut.. pastu terasa macam ade bende bergelodak dalam perut.. campur kan semua tu skali dan serentak.. camtu aa rase sakitnye.. 

Sampai sana.. kat kaunter registration xde org.. OK.. sabar.. tanya aunty aci guard tu.. mana worang ni aunty? dia pigi simbahyang.. OK.. faham.. sabar.. da kul 6.30 da mase tu.. tahan lagi.. sabar.. sabar.. sakit makin kuat dan aku still track rase sakit tu.. konon2 nak tunjuk kat doktor la kan.. puiii.. then, da siap reg, baru nama aku dipanggil.. agak2nya sbb x ramai yg nak bersalin pagi tu, sbb tu nama aku dipanggil cepat.. then, akak kat kaunter tu kate katil wad penuh tau.. dalam ni pon ade 10 org tgh tggu nak bersalin.. adik sign borang ni.. kirenye borang tu bgtau yg pihak hosp x akan bertggjawab la if ak x dpt katil.. stended la tu.. dia nak suh sign je as anything happen, that will not under our responsibility. OK.. ak da sakit sangat.. jadi.. aku x bole pikir.. aku sign je..

then masuk.. oh.. lupe plak.. kebetulan malam tu ak demam.. tibe2 je demam.. x sure salah makan ke.. sbb cuaca ke.. dan aku pon da stanby siap2 kain batik sbb mmg da buat research, ramai yg updet suh bawak kain batik sendiri.. mula-mula nurse tu suruh duduk kat tepi dulu.. dia nak cek suhu badan, bp dan tanya apsal datang.. da explain semua, dia suruh amek air kencing dan tukar kain batik (see???). sila standby kain batik  siap2 ye mami2 wannabe skalian.. pakai kain batik with no panties.. OK.. ak mcm kene redha je la ape nak jadi pasni kan.. mase tgh tukar tu, skali lagi sakit gile gile.. bile baru nak shishi, ak tgk kt panties da kuar darah!!

Aiseyhmen.. kakak ipar aku kate kalo kuar darah dulu, akan sakit sikit sbb nak kene tunggu bukaan.. amek mase lama tu.. Arghhhh.. mulut terus baca doa nabi yunus tu.. then, baring kat katil kat wad saringan ibu hamil.. nurse tu pasang alat CTG kat perut.. alat ni untuk detect denyutan jantung baby sama ada dia tgh rilek2 isap rokok ala-ala kat tepi pantai atau tgh stress di mana si baby trase dunia perut dan lemak semakin sempit tapi mami dok tahan dari tadi.. heeheheh.. alat CTG ni sangat tepat la konon nye untuk detect contraction tu.. xyah guna timer2 mcm ak pagi2 tadi..cittttttt~~

Then.. datang doktor laki..

Aiseyhmen.. ni yg x gemar ni..

Doktor: maaf ye puan.. saya nak cek bukaan puan..

dan aku pon...

nak buat bersambung la citer ni.. panjang sangat.. hikkkhikkhikkk... daaaaa~~~ 




Cermin Diri, Hiasi Peribadi.. Chaaooow~

Friday, July 11, 2014

Dunia Baru Saya... Tadaaaaa

** tgk video ni 1000x pon still hati rasa sayu dan pilu.. haiiihhh**


Bermulanya 1 kisah cinta agung (blueekkkk) pada 7 Dec 2013, skrg da pertengahan  Jun 2014 da pon.. kejap gile masa berlalu kan? Takotnye...dan eksaited.. hahaha...

*eh apehal lak takot ni?*

Ha... awal February aritu, setelah x dtg period, saje2 gatal gi bli urine pregnancy test.. resultnya??


Alhamdullillah... positip ko jahhh! hehehe.. Mase tu mcm terdiam jap..pastu mcm.. betul ke x ni? mcm mimpi je.. baru kawen kot.. belom puas lg nak enjoy.. (KONONnye la..puiii) padehal dlm hati mcm berbunga2 gitu.. cakap kat sang arjuna.. 'cer tgk ni... betul ke x ni?'

Beliau dgn muka mamai x mamainya,
' betul la kot..Tahniah!' 
dan aku mcm...............................

camtu je? tahniah?? aku menang lumba lari ke ape ni? hahahaha.. sungguh rilek ye beliau.. haihhh.. then, gi cek kt Klinik As-Salam kat Bandar Baru Bangi ni.. setelah di cek2, dia pun ckp la.. tahniah ye..da 6 minggu da.. InsyaALLAH dalam 16 Sept baby lahir.. dan aku mcm... betul ke ni? hahahaha.. memang xpercaya.. bkn x percaya ape.. rase mcm.. da nak jadi mak da aku? Alhamdullillah.. terima kasih ya Allah..

Doc pesan.. kat Bangi ni, purata yg gugur (based on case yg refer to this clinic la) 2 hari ade skali gugur.. maybe sbb wanita lasak or da berkerjaya.. jadi jage la diri elok2..

OH!OH!OH!

Sebelum terlupa.. aku sempat la tanye kat doc tu psl pemakanan semua sbb aku da siap mkn nenas la tebu la sebelum dpt tau pregnant aritu.. dia kate jgn mkn bende tajam2 la ape la.. then aku tanye, Herbalife leh mkn x? sbb aku mmg consume herbalife dari keje secretary dulu.. cuma bukan pengguna tegar.. aku ambik shake tu kalo kerja byk dan x sempat nk lunch.. kiranye ambik bile perlu jela..

Doc tu siap tanye.. 
Ambik herbalife? bole je.. wife saya pon mkn shake la teh la...sume la.. 
Dr. Rosmaliza kot name wife dia.. 
mmg pengguna tegar dan speaker utk herbalife rasenye..
pastu dia diam....... 
then dia sambung, kalo ambik herbalife apsal x kurus pon?
lemak tebal je ni (sambil scan perut aku mase tu)
dan aku skali lagi mcm........................................................


(Doc ni da knape?hahahahahaha)


Mase scan tu dia ckp, nampak x baby awak? tu yg besar mcm taik lalat tu.. kecik je lagi.. x nmpak pun.. tunggu da 20 - 30 minggu nanti.. pastu dia ckp jage diri ye.. make sure makan bende2 yg sihat, berzat.. bla bla bla bla.. pastu, ak pon angguk2 je la.. konon paham la ape yg di bincangkan.. then, amek ubat.. ubat yg dia bg just asid folic je.. sbb awal lg katenye.. jadi, untuk kuatkan kandungan di awal2 gini, asid folic je la jawapannya.. nasib baik aku jenis xde masalah nak mkn ubat.. cuma masalah aku ialah... NESCAFE AIS.. 

Eh..apsal lak nescafe ais jadi masalah lak? haaaaaa.. aku ni peminum tegar nescafe ais.. pegi la kedai ape pon.. warong ape pon.. aku akan cari coffee atau nescafe ais.. dlm sehari tu aku bole minum  3 - 5 gelas/ bungkus nescafe ais. xtau nak elak camne dah.. Then. bile da pregnant ni, sume bende bercaffein x leh amek da.. bole sbbkan keguguran.. lagipun, ubat x leh nak serap dlm badan sbb caffein kononnye da halang la zat2 ubat tu.. 

Haaaaaihhhhhhhh~~~~~~~
Patah sayapku pataaaaahhhhh~~~~~

Jadi, mmg mencari alternatif lain la.. kalo nak order air pas ni, sang arjuna kata order air carrot ke, tembikai ke, horlick ke, ape2 jela.. janji bukan nescafe ais.. saya akur..... (kononnye la) Padehal, aku minum jugak.. tp da kurangkan ke segelas sehari.. hohoohoho..

 Ni week ke berapa ea.. x ingat da la..
Maybe dalam minggu ke 15 kot..


Yang ni Week 29.. 
nak gi checkup kat Klinik Aisya Bangi..
(Apsal cam sama je ngan awal pregnant?)
Maybe sbb lemak tebal bak kate doc tu kot..
hohohoho..

Skrg da 30 weeks.. ape ea ubat yg aku amek sepanjang pregnant ni? Nanti aku citer ea.. 

**InsyaALLAH bersambung.. hehehe ****


Cermin Diri, Hiasi Peribadi.. Chaaooow~

Friday, January 10, 2014

2013: Hello Madam! (Madam Pulaaaakkkk??)

Assalammualaikum wbt


Tuuuuuu diaaaaa... bukan main lagi ha... dalam 1 hari dok hapdet entry je..konon balas dendam la tu? padehal keje menimbun2 ea.. nak marking midterm exam students ni.. Baik laaaa...ni ibarat da part 3 da ni..
Part 1 nye mana? nak baca part 1 klik sini dan if nak baca part 2, sila klik sini.. haaaaaaa... Jadi betol la entry yg ni part 3.. (ada bape part sebenarnye ni??) hahahaha... ntah la.. me pon xtau.. yang me tau, sementara ade sikit mase luang ni, bole la jari jemari ni wat tarian waltz ke limbo ke kan.. bile da xde mase, hammekkk ko.. setahun terabai.. nasib baik ingat password lagi..ahhahahaha...

Baik... baik... Part 3 ni mengisahkan tarikh 7 December 2013 di mana date ni da jadi salah 1 hal yang sangat bermakna dalam hidup me.. Syukur.. Alhamdullillah.. Thank you Allah.. Thank you.. Thank you.. Thank you.. tak ade perkataan lain lagi yang dapat menceritakan betapa bersyukurnya me dengan peluang untuk teruskan cita-cita (jadi lecturer).. dan pastu dapat jodoh terus kat sini.. pakej Nokkkk! huhuhuhu.. pengenalan yg singkat ni, walaupun singkat, tapi sangat bermakna..

Yang paling membuatkan me lebih bersyukur bila kedua-dua belah family sangat memahami dan ON je dengan setiap plan yg me buat.. me ckp byk kali kat Sang arjuna yg me xnak kenduri besar2.. me xnak kenduri yang grand.. me nak kenduri yang kalau boleh ibarat macam kenduri doa selamat dan semuanye dalam bersederhana.. Alhamdullillah.. thank you Allah.. perjalanan untuk menuju hari bahagia sangat2 mudah dan lancar.. Family me sentiasa support dan family mertua pon mcm tu... excited nya!! uhuhuhu..

Bagi pasangan yang merancang nak kahwin, percaya lah.. Allah swt dah menjanjikan rezeki untuk setiap pasangan yang nak berkahwin.. dan percaya atau tidak, semua perbelanjaan nikah dan kenduri me, kurang dari RM10,000.. (TIPU gile!! xkan la murah sgt kawen!) me x tipu la... Nak tau knape murah? sebab me buat ikot kemampuan.. me buat ikot bajet yang me dan sang arjuna ade.. Kami plan setiap perbelanjaan agara tidak berlebih-lebihan dan jangan ada niat untuk menunjuk-nunjuk..

(dia senang la..family on je..family ak ni, kang orang cakap ape pulak) betol.. memang betol ade yang cakap macam ni.. tapi satu je yg kite kene pikir.. kite nak kawen untuk seumo idop.. bukan utk skali tu je.. maksudnya ade byk lagi perbelanjaan yang kite perlu amek kira lepas kawen.. jangan la sampai buat Loan.. semua tu memudaratkan.. dan buktinya? me da selamat nikah da pon.. dan ape yg berlaku pada orang yang duk soksek soksek bercakap pasal kenduri me? dia masih begitu.. masih dengan dirinya dan kami telah pun selamat diijabkabulkan dan halal.. =)

tiada niat untuk refer pada siapa2.. me bercakap dari pengalaman kenduri aritu..huhuhu.. menitis airmata di saat Sang arjuna melafaz akad.. me terasa diri ini tak boleh lagi mcm dulu.. dunia da jadi lain bile setiap hariku ditemani sang Arjuna..huhuhu.. Jangan jeles k.. cepat2 la kahwin..huhuhuhu.. Syokkkk o0o0o0.. heheheeh.. doa banyak2 k.. semoga dipercepatkan jodoh dan semoga jodoh baik dari segi agama, keturunan dan akhlak nya.. aamiinn =)

Tu je la kot.. mcm da byk merapu je.. haissshhh.. pantang dapat bercakap.. hehehehe.. jadi, sila la layan gambar2 di sekitar waktu nikah dan kenduri..huhuhuhu.. BYE!

psssttt: Nama suami me: Mohd Zharif =) hikhikhik..  bye!

Nikah: 10 Pagi
Tarikh: 7 Dec 2013
Lokasi: Masjid As-Saadah Kampung Manjoi 2.








Kenduri makan-makan nasik minyak
Tarikh: 7 Dec 2013
Masa: 12.00 tengahari
Lokasi: Rumah Paklang, Manjoi












Semoga anda semua mendoakan kami agar berbahagia sehingga ke akhir hayat..

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya."
( Riwayat Ahmad )

Sekian.. =)

Cermin Diri, Hiasi Peribadi.. Chaaooow~