Kejapnya masa berlalu... oh Doniaaaa~~
Xandra da nak masuk 8 bulan da. Allaaaaaaaaa... Janganlah cepat sgt besar Xandra ku.. hukhuk.
Arini nak sambung entry yang lepas.. Terasa macam ade janji nak ckp psl keadaan wad kat Hospital Serdang je aritu.. Jadinya, moh la sambung ye dok.
Mengikut pengalaman aku, yang pregnant untuk 1st baby, memang tipula kalo tak meng'google' psl hospital2 yg maybe kita plan nak bersalin kat situ. Since, aku dok kat Bangi, aku mmg riki-riki hospital yang dekat area2 sini aa.. Antaranya Hospital Azzahra la, Annur la, dan hospital serdang. Since ak ni seorang yg sedar diri, aku lebih kepada hospital serdang la. Eh, jangan x tau ye yang hospital serdang ni ade quality. ade ISO. means, kalo jadi pape kat kite as patient ni, kite leh komplen kat company ISO dia tu. Tapi Alhamdullillah aa.. xde pon yang x puas hati sepanjang 5 hari kat sana.
Jom start story nya.....
Mase aku dok survey2 hospital tu, terjumpa gambo ni:
Mase nampak gambar ni kat Google, serius x faham. hahahahah.. tapi da standby lebih RM2K untuk delivery proses ni. Even kat hospital kerajaan, still lagi bajet lebih in case sesuatu yang tidak diingini berlaku kan.. Alhamdullillah xde pape yg membimbangkan berlaku. hehehehe..
Jadinya, bile da kene bersalin ceaser, secara otometik akan masuk wad ke3. Org hospital tu tak akan tanya awak nak kelas berapa ye? pffttt... dia x kan promot wad wad ni. Jadinya, Wad kelas 3 ni, wad yg ramai2 tu la.. yg kiri kanan ade orang tu. bezanya untuk wad bersalin ni, semua ade baby la kt kiri kanan kita.. Kiranya, kalo baby kat katil sbelah nangis, baby kita pun akan join nangis skali. heheheh..
Al-kisah..........
Mase czer tu, nak bangun x bole. nak kencing guna tube je.. xde rase nak berak langsung. cumenya xde orang dibenarkan teman sepanjang malam kalo kat klas 3 tu. Stended la tu kan. Kita da la 1st time bersalin, nak handle baby sorang2 memang challenging jgk la.. Walopun da biasa jage ank kakak dan abang, tapi bila ade anak sendiri, berbeza sangat la perasaan tu.
Then, mase da selamat bersalin tu, awal-awal da tanya suami, leh x nak duduk wad pertama. Wad Kelas pertama ni kita sorang2 dalam bilik tu dan dibenarkan untuk 1 orang teman. Then, terus suami gi kaunter mane ntah untuk book dan bayar deposit.
OK.
Refer balik kat table atas. Lets say saya bersalin ceaser aritu dan stay kat wad kelas 3. amount yang saya kene bayar untuk ceaser saja RM100. tu belom include caj untuk semalam dan ubat2an. Dan disebabkan saya pilih wad kelas 1, secara automatik, saya akan dicaj RM800 untuk ceaser sahaja. Dan harga bilik wad tu untuk semalam ialah RM90. Belom masuk ubat-ubatan dan caj untuk ujian makmal sebab baby kene demam kuning masa hari ketiga. Untuk pengetahuan semua, Kalau kene ceaser, KOMPOM kene duduk hospital selama 3 hari sebab doktor nak tgk luka ceaser, si ibu ade perubahan suhu atau demam ke, dan last skali, lancar tak 'uuk' kite. If anak pun ok, hari ke3 da bole balik..
Macam saya aritu, semua ok. tiba2 hari ke3 tu saya demam sikit. Terus kena tahan. Pastu, Hari ke3 tu jugak, anak demam kuning pulak. Darah kene cek banyaaak kali. Kesian baby. Then, Hari ke5 baru kuar. So, total aritu ade dalam RM1500++ kot.
Rase cam ok je stay dalam tu. Luaaaasss giler bilik dia. Toilet pun dalam bilik. Selesa. Cumanya xde tv. ahahhahahaah.. motip sangat tgh nak jaga baby nak tgk tv kan? hukhukhuk. Pastu, nurse selalu datang cek suhu, cek tekanan darah, cek baby. Memang best la.
Nurse pon ok. Adatlah 1st baby mmg xtau nak jage sangat sbb baby lembik and lembut kan. Then, ade nurse yang datang tolong bile baby asyik nangis. Serius best gile.
Haihhhhh.. teringat pulak ni Xandra mase 1st day tu.
Tu je nak share. hikhikhik.
Mase ni da bole merangkak dan duduk. 7 bulan umurnya. hikkhikhik. |
P/s: Nanti nak share pasal Breastfeeding. Betapa pentingnya ilmu untuk susukan baby. Wait for me plissssss~~~~
Cermin Diri, Hiasi Peribadi.. Chaaooow~
3 comments:
dh bsr baby ye sis..setiap kelahiran sgt unik..setiap anak2 lain2 perasaan dan cara lahir..bila trgat kisah bersalin mcm2 perasaan ada..hihi
Sis, deposit nak masuk 1st class kena bayar brapa ya?
Sis, utk 1st class ni blh pilih doctor tak? Means nak doctor pompuan, taknak doc lelaki?
Post a Comment