Wednesday, June 6, 2012

Pengakuan saya

Assalammualaikum wbt

Salah hormat rakan-rakan sekalian..
Semoga anda semua dalam keadaan yang sihat n berbahagia..aamiin.. =)

Secara directnya..Pasti ramai yang sudah tahu charcoal mask ni berasal dari mana dan siapa supplier saya kan? Pasti ramai jugak kawan kepada pelanggan-pelanggan saya yang memaklumkan mengenai dari mana dan harga asal produk charcoal ni. Dan seterusnya mungkin ada di antara para pelanggan yang rase tertipu dan menyesal sbb beli produk charcoal yang asalnya murah n beli dari saya terpaksa bayar mahal. Betul?



Mari kita lihat logiknya para manusia yang hati mulia sekalian.. =)

Mungkin anda yang di semenanjung sudah sedia maklum mengenai Kedai yang menjual produk charcoal ni.. Nama kedai - Daiso (sila google ye kawan2 untuk mengetahui di mana lokasi kedai2 ini). Barang2 daiso semuanya produk Jepun dan barangnya semua berharga RM5 sahaja. Yes! 1 barang = RM5..

HAMBOiii!!!! ko jual RM10???!!! Untung 100% tu..  

Ye tuan2..puan2..adik2..kakak2..abang2 sekalian..saya jual RM10 untuk 1 barang..TETAPI saya tak untung 100% ye para pembaca sekalian..mari lihat kos saya..

RM 5 = 1 barang
+
RM 1 = Duit minyak untuk pergi + balik + pos
+ 
RM 1 = Parking 
+
RM 1 = Duit Tol Pergi dan Balik
Jumlah Kos = RM8

Dan...dengan hanya menjual RM10 di mana USAHA saya PERGI + CARI PARKING + BERATUR BAYAR + BALIK + PROMOTE + PACKING + PEGI POS hanyalah berharga RM2 sahaja..adakah untung saya 100%?? Belom lagi masuk bil internet dan bil eletrik kan? Adakah ada penjual yang menjual seperti saya yg hanya dpt untung sikit? itu pon masih lagi nak tolong pembeli dengan buat SET CANTEK! =)



Kesimpulannya rakan-rakan sekalian...saya tidak pernah paksa anda semua untuk beli dari saya..anda bole mintak tolong rakan-rakan atau sepupu-sepupu atau makcik pakcik yang rumah mereka dekat dengan daiso dan belikan untuk anda. mungkin itu lebih berbaloi. Yela, deorang sure leh jimatkan kos anda kan? Itu lebih baik daripada anda rase menyesal selepas beli dari saya. Pada yang telah membeli, sebab tiada siapa yang nak belikan untuk anda, atau bile anda pegi Daiso je produk charcoal ni da abes n terpaksa beli dari saya, saya ucapkan terima kasih banyak2..saya sangat menghargai jasa baik anda.. =) Tetapi, anda bole banding harga saya dengan penjual yang lain yang menjual 1 barang = RM12 dan ada yang jual RM17 untuk 1 barang..pilihan dan duit adalah hak anda.. saya tidak paksa anda..

Setakat ni, alhamdullillah ramai yang membeli dari saya dan mengaku saya paling murah jika dibandingkan dari penjual lain.saya tidak menyekat perniagaan sesiapa pon..sebab rezeki itu telah ALLAH sediakan untuk setiap orang..kite hanya perlu berusaha..begitulah keadaan penjual bunga di tepi2 jalan yang jika kita dapat tengok sepanjang jalan semua nya jual bunga. persaingan yang sangat hebat kan? Tapi macam mana boler bertahan lama? Sebab rezeki allah yang bagi.. =)

Oleh itu, jika anda masih berminat untuk membeli dari saya, jangan segan silu untuk PM saya ye.. =)

p/s: Oppsss..lupe nak bagitaw.. Produk charcoal yang dijual di daiso jepun ni made in Korea ye.. =)

Wassalam.. =)

1 comment:

Anonymous said...

boleh tak saya nk order ?