Monday, May 11, 2015

Breastfeed yang betul itu penting!

Hi!

oh, sejak dua menjak ni, sistem pertahanan badan mcm x brape nak kuat. Adekah sebab arwah mama x fully breastfeed ak mase kecik dulu? hahahaha.. persetankan itu semua.

Ramai yang memandang serong kalo seseorang ibu tu x menyusukan baby dia. Ade yang akan kate x kesian ke kat baby, nanti anak senang sakit la, nanti anak kurang kasih sayang la ape la.

Tetapi hanya si ibu je yang memahami keadaan itu apabila setelah pelbagai usaha dilakukan, atas sebab2 tertentu mungkin, menyebabkan susu berhenti supply.

Sedih o0o0..

Xandra sampai umur 2 bulan je susu badan. Lepas tu, xtau la knape susu da mcm x kuar then kalo pam pun, susu ade dalam 1ml camtu je. siap bli coklat ape bende ntah namanya, pon xde hasil jgk. Lepas tu, ak kene denggi pulak. Haihhhh.. duk kat spital dalam 5 hari kot. lagi la penyebabnya xde susu.

Sian Xandra.

Tapi.. Alhamdullillah.. Xandra x penah sakit teruk lagi. Dia happy giler. Aktif sgt2. hahahaha.. sampai ak n suami xde mase ngan diri sendiri. semua untuk dia je..

Now.. X ramai yang tau cara2 nak breastfeed yang betul since kita mcm bajet yang baby akan tau sendiri cara nak minum susu direct dari si ibu. Padehal, ibu sendiri perlu tahu cara nak BF yang betul sebab kalo salah, akan menyebabkan luka dan melecet yang teruk. (ni mmg pengalaman aku la mase 1st day beranak aritu)

nah. tgk gambo ni.





Sampai 3 ha gambo aku letak. sume sumber ehsan cik Google. hohoho

Now, apa yang kite perlu tau semasa nak BF ialah:

1. Bila si anak tu, kalo kite cuit2 kat kiri kanan mulut dia, dia mcm ternganga dan ikut sentuhan kita (means kalo kita cuit kiri mulut dia, dia akan gerakkan mulut dia ke kiri, dan begitula sebaliknya), itu tandanya dia nak susu.

2.  Perut dia mesti rapat dengan perut kita, baru la postur yang betul untuk bF.

3. Mulut dia mesti masukkan/penuhkan semua warna hitam kat puting kita tu, atau dikenali sebagai Areola. If bagi puting saja, memang komfem akan melecet dan berdarah.

4. make sure hidung dia x ditutup dengan 'kulit' kita. itu akan buatkan dia lemas. Jadinya, kalo hidung dia bercantum dengan 'kulit' kita, kita kene selalu tgk dia dan tekan 'kulit' kita tu sikit untuk wujud jarak antara hidung dan kulit kita.

5. Untuk bF, kita kene faham yang, there is supply if there has demand. kita ibarat supply, dan baby ibarat demand. kalo demand xde, kita pon xkan ade supply. jadinya, klo baby da knyg, sila pam susu untuk buat stok. kerapkan pam ye. sronok o0o  bile pam tgk ade banyak susu dalam peti ais. hehehe

6. jangan stress dan jangan kurang makan. Kalo stress dan kurang makan, susu jugak akan berkurang. Tapi percaya atau tidak, cara untuk kurus lepas bersalin hanya dengan cara Breastfeed selama 2 tahun. KOMPOM kurus. xyah makan produk la ape la. tahyul sume tu.

7. Bersyukur la setiap kali anda menyusukan anak, anak anda masih mampu minum susu dari anda. T.T

8. Semoga hati anda kental untuk menyusukan baby anda. InsyaAllah.

Sekian.~~


Cermin Diri, Hiasi Peribadi.. Chaaooow~

No comments:

There was an error in this gadget